Wednesday 7 November 2012

Kisah #2 Liason Officer

LO @ LIASON OFFICER

Pegawai LO singkatan untuk 'LIASON OFFICER' ada orang klu bab jadi LO minat bebenor ada orang lain malas plak... Aku plak mcm biasa, ada surat lantikan, kerja jalan.. Bagi sesetengah pegawai, masa nie peluang nak tunjuk kita nie terbaik kepada pegawai atasan. selalu nya klu perlu LO nie mesti pegawai taraf JUSA A,B atau C, klu setakat 54 nie, malas nak layan sgt. berbalik kepada LO, aku nie nak kata baik (sebenarnya nakal tahap cipan), nak kata rajin ( sejak dah ada side income luar nie mcm malas nak buat rajin.... senang kata wat mana yang disuruh je.hehehhee), 

tugas LO kadang2 senang klu yang pegawai tertinggi jenis tak banyak kerenah, bini plak tak ikut, agak2 jam 8.00 mlm dah balik Hotel untuk tido... nie lah orang ckap 'BOSS BAIK', tapi klu jenis pagi dan petang nak 'Menebas' (main gol) je.. bukan apa klu aku jenis main juga.. no hal bleh join sekaki.. aku nie jenis hobi 'suka main ngan anak', mana nak main golf. bagi akulah, klu pendapat orang lain aku tak ambik tau............ golf nie sebenarnya banyak abis duit. mungkin yg main tu orang banyak duit. aku nie duit abis kat majukan bisness..ala untuk family aku juga .....masa depan. nati dah banyak duit mcm diorang bleh plak aku blajar main golf.

Melalut pjg benor... Dah lah diorang main golf, siap beating lagi.. jadi LO ngan pemandu kena lah menunggu. sape yang panjang akal sikit, bawa pemandu keluar minum, agak2 dah 3jam pergi balik amik diorang.

Sape jadi LO kepada Pegawai yang jenis tak banyak kerenah atau sempoi memang untung. aku sekali ada jadi LO kepada pegawai A dari HQ. dia sebenarnya tak banyak kerenah, cuma banyak kawan dia kat negeri X tempat aku keja.. dahlh aku mcm pak Pacak kat Airport tunggu dia, tak pasal2 kena marah... sebab dia dah maklum tak mau LO, ntahlah sape yang silap.... kereta kot silap. dah semua tak mau ngaku... aku diam je masa bawa dia ke hotel, rupa nya masa kat airport ada kawan dia tunggu.... mungkin dia dah janji.. tetiba datang plak aku.

Ada sekali aku jadi LO kepada pegawai B dari HQ ( pegawai pemantau) surat biasalah last minute... bukanlh JUSA cuma gred 54 je.. tapi dia ok, Mr Cool. sebab aku lewat amik dia kat hotel pun dia tak bising2.. pmandu punya pasal. aku dah pesan ada kat pejabat jam 6.30. jam 7,00 pagi mesti ada depan lobby. bangun lambat punya pasal. ambik ko 7.20 kat pejabat... dalam hatiku..... MAMPUS. aku malas nak bising2 ngan pemandu. dah dia tak sengaja terlewat bangun. dalam pejalanan amik pegawai B nie kat Hotel, aku diam je. yang pemandu dah risau mungkin pikir aku marah dia sebab dia tanya aku tak jawab... sebenar bukan apa, dok pikir apa nak klentong Mamat Pegawai B nie sbb aku datang lmbt. datang plak idea. aku pun amik handpon aku call pegawai B cakap lambat sebab ada xcident lori terbalik... Pegawai B nie yang sambut telefon mungkin nak marah aku sebab lambat trus tak jadi. trus dia cakap dia pegi sarapan dulu kat coffee house.. perhhh selamat aku.. pemandu aku siap cakap 'pandai tuan klentong dia', aku cakap biasalah nak hidup..... bila aku dah amik pegawai B nie so on the way balik ke pejabat aku, aku wat2 berbual dengan dia. saje nak cool kan keadaan.. citerlah apa-apa saje. rupanya dia nie suka orang melayan dia citer.. lagi rancaklah aku dengan pegawai B nie citer.siap gelak2 lagi. trus hilang protokal.. takpe janji aku selamat tak dia komplin kat boss. sambil ngah citer rancak ngan pegawai B, trus plak dia tanya 'kat mana xcident tadi' ALAMAK mati aku......, pemandu dah siap tengok aku tak kelip2... aku dengan selamba cakap kat belakang tadi tak sempat nak tunjuk tuan masa kita tengah berbual tadi..... dia pun cool balik.... dalam hati aku.... SELAMAT AKU..

ok nati smbg




Sunday 4 November 2012

KISAH AKU #1

SINI LH TEMPAT AKU LUAH PERASAAN AKU, SELAIN BINI AKU MENJADI PENDENGAR SETIA..HEHHEHEHE

Aku x peduli apa org cakap pasal aku... janji aku tak kacau orang, aku tak sakiti hati orang, aku bukan punca org lain x naik pangkat.....aku kena positif untuk kebaikan diri aku... biarlah orang mengata aku  AMBIK RASUAH, KELUAR NGAN KONTRAKTOR.... bab rasuah rasuah nie jauh sekali.. tapi bab keluar ngan kontraktor memang ada, biasalah kawan.. aku baru nak menjinak jinakan diri dalam dunia perniagaan.. kena kawan dengan kawan2 aku yang kebanyakan kontraktor. bukan apa, seronok dgr pengalaman diorang masa nak naik dulu.... bukan nya aku nak minta duit dengan diorang... bila member A (kontraktor) citer dia mula2 jual kaset'pirate'  kat pasar malam, pagi jual surat khabar... bila dia citer mcm 2, barulah aku tau mcm maner org kaya bermula.... SEMANGAT KENA KUAT. aku tanam diri aku, satu hari bila aku pencen nati, aku dah stabil. aku tak mau terkial-kial baru nak belajar niaga. aku kena bermula dari sekarang. balik citer member A aku, yang aku dengar dia citer arwah bini tak sempat merasa kesenangan masa dia sekarang.. sedih plak aku dengar citer dia... dulu susah payah. menanggung 9 orang anak, bila dah senang, bini dicintai plak tinggalkan kita..  

Balik semula citer 'KORUP' dalam JABATAN AKU( aku keja ngan gomen rasanya tak perlu nak cakap keja jabatan maner) masalahnya bukan JABATAN tapi serumpun manusia dalam organisasi jabatan aku.. yang mengejar 'PANGKAT DAN KUASA' dari menjaga kebajikan org bawahan.... aku sekarang nie pun dah malas.. lantak ko lah...  nak naik 44, 48, 52, 54.... (keja gomen je yg tau kot tu..hehe) 

aku dah cakap aku tak kisah sape-sape nak kejar pangkat tapi jangan libatkan aku atau nak jadikan  aku kambing hitam... keja aku buat.. ada surat arahan... keja jalan...

Tapi bab cakap aku keluar ngan kontraktor dan bocor maklumat tender,, ni dah melampau... betul memang aku ada keluar ngan kontraktor tapi mcm aku citer yang atas tadi.... tu je.... tapi bila diorang keluar ngan kontraktor pandai plak bila terkontai ngan aku. cakap kontraktor ajak keluar minum je takde apa2 pun.. dlm hati aku, aku takde cakap apa2 pun, ko sendiri rasa malu pastu nak cover lain... JADI MCM AKU NIE, WALAUPUN AKU NAMPAK PEGAWAI SUPERIOR AKU KELUAR NGAN KONTRAKTOR LAIN MINUM KAT KEDAI YANG LAMPU DIA SELALU MALAP2 ATAU KEDAI MANA2, AKU SELALU PIKIR POSITIF SEBAB BILA AKU KELUAR NGAN MEMBER 'A' AKU HARAP ORANG LAIN AKAN PIKIR YANG POSITIF JUGA.. tapi malangnya tidak....

ok nati smbg
tak tau nak citer mcm maner.....

hari ini dalam sejarah....hehehhe rugi dekat 300 ringgit sebab benih ikan keli yang aku pelihara dari 1 inci smpi membesar 5 inchi mati bunuh diri.... apa silap kali ini,aku suspek mungkin sebab air terlalu kotor(ammonia). mungkin ada hikmahnya. dalam perniagaan setiap yang berlaku adalah untuk tujuan pelajaran. aku terima seadanya. bukan rezki aku gamaknya... tapi masa kutip sekor-sekor, terasa perasaan hiba... mungkin tu perasaan kerana aku menjaganya setiap hari..

mungkin aku kena start awal projek ikan keli aku kat luar plak... ada member tawar tanah supaya aku bleh guna untuk tujuan perternakan...... dekat sungai.....kira baguslh 'save budget' untuk air.. tapi member aku cakap air sungai tu' tawar-tawar masin' harap2 idup ikan tu nati. dia cakap tanah terbiar takde orang usahakan.... peluang dapan mata...